* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)
Kelebihan Bulan Ramadhan
* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

.jpg)


.jpg)

.jpg)
.jpg)
Yang ini pulak gambar bersama dengan mak dan abah. Tadi abah telefon yang mak dan abah akan datang kesini buat umrah pada bulan Ramadhan ini. Rancangan awal mereka akan datang sini dengan Visa Ziarah untuk terus beraya di sini tapi bila aku nak submit permohonan visa, peluang untuk diluluskan amat tipis kerana musim haji dah tak lama lagi dan kebiasaannya visa ziarah akan dibekukan sehingga selepas habis musim haji. Untuk tidak mengambil risiko, mak dan abah buat keputusan guna visa umrah je, so lepas ni raya haji lah baru plan bawak mak dan abah ke Yanbu ni, InsyaAllah...