Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

15 June 2009

Yansab Recreation Center



Semenjak sebulan dua ni aku dan anak2 sering ke sini selepas waktu kerja. Tempatnya tak lah besar mana tapi cukuplah... ada swimming pool (~25m) serta pool untuk kanak2, snooker, ping pong dan juga bilik TV. Pusat ini terletak berdekatan dengan masjid Al-Murjan (Camp 4).
Junior swimming pool.

Walaupun ianya percuma untuk pekerja Yansab atau SR10 untuk 'guest', tempat ini selalunya lengang tanpa orang kecuali aku anak-beranak. Sekali-sekala tu ada lah dua tiga orang yang berenang di situ.
Waktu Operasi :0800~1200; 1700~2200 setiap hari. Hari Khamis khas untuk perempuan saja.

14 November 2008

Scuba & Snorkel


It was another great weekend. I brought along my family together with Samkae's family for scuba diving and snorkeling in the Red Sea. It was exciting to see my two daughters doing discover scuba with the guide from my dive master friend, Kader Sheikh. The other two daughters cuma buat snorkeling je pasal belum cukup umur untuk buat scuba. Si Hanisah tu dok mintak je nak scuba macam kakak dia.

Lama jugak kita orang kat tengah laut tu. Selesai anak-anak aku buat discover scuba diving, we have fun doing snorkeling pulak. Bila dah puas kat Wasel 7, kami pun bergerak pula ke Wasel 9. Di Wasel 9, cuma divemaster, aku dan Samkae je yang buat dive. Yang lain-lain buat snorkeling. We managed to go down as deep as 60 feet without any problem.

Wonderful... more story and photos underwater is at My Other World site, Yanboq Under Water.

06 July 2008

Tae Kwan Do Remaja Johor

Ini dia puteri kedua aku.... masa kat Malaysia sempat aku pergi tengok dia beraksi untuk Kejohanan Terbuka Remaja Tae Kwan Do Johor Bahru. Jangan main-main, Naib Juara tu...

Pertandingan di adakan di Stadium Tertutup Larkin. Kat Arab ni aku sedang cari kelab untuk anak-anak aku boleh terus berlatih, kalau tak, terpaksa lah latih sendiri.




Tiga orang puteri aku sejak umur 7 tahun aku hantar belajar Tae Kwan Do. Yang nombor dua ni nampak lebih menyerlah dari kakak dan adik dia. Lagi satu step nak dapat full black belt tapi kena tunggu umur 15 tahun.



Tahniah Nazihah Syuhada ....
Naib Juara Tae Kwan Do Remaja JB!!








24 January 2008

A tribute to Kuak Lenting

Today's Quote :

"To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness."




Kecewa... harapan Kuak Lenting untuk jejak ke separuh akhir terkandas di suku akhir...hu..hu..hu...dah menang dah set pertama tapi tu lah, salah seorang pemain utama terkeluar kerana cedera, terus tertinggal kat set kedua (tak boleh pakai betul). Tapi tak pe...tentangan yang di beri cukup hebat, walaupun tak puas main pasal pusingan pertama dan kedua menang mudah. Apa-apa pun, tahniah buat Kuak Lenting kerana menjadi antara pasukan yang digeruni.



Aku harap Kuak Lenting akan terus wujud dan lebih berjaya.....

Tahniah Geng Kuak Lenting:-
Hanim, Safawi, Md Nor, Saliza, Hairul, Salina, Nizam, Halim, Shahir dan aku ler....







Untuk dapatkan gambar-gambar lain, sila klik link ini

http://www.flickr.com/photos/villabayu/sets/72157603788575753



Get Free Shots from Snap.com