Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

07 February 2009

Cerita tak terkini

Dah lama aku tak bercerita kat blog ni. Baru nak bukak cerita, tengok2 dah ada kat mama bungas. Tak sempat den nak cerita, binik dah tulis.... so sonyap aje ler ...
Ini kisah jalan-jalan ke Jeddah tak dirancang, mama bungas kata qadak punyer ...
Yang ini pulak pasal persembahan kat sekolah anak di YIS ...
Cerita pasal sekolah ni, masih ramai yang dok bertanya sekolah mana yang bagus kat Yanbu ni ... bagus atau tidak terpulang pada diri masing-masing bila buat pilihan. Satu perkara yang nyata, pilihan tak banyak. Bukan tak banyak, tak de pilihan sebenarnya...
Dua orang anak aku bersekolah di Al-Tawhid dan dua orang lagi di YIS. Kalau boleh memang aku nak semua anak-anak aku belajar di YIS. Tengoklah macam mana nanti... Setakat ni masing-masing suka pergi ke sekolah, tak kira lah yang ke Tawhid maupun yang ke YIS. Alhamdullillah, semua boleh catch up dan quite competitive di kelas.

24 August 2008

Jalan Lagi Ke Madinah



Today's Quote:

Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai itulah yang baik bagi kamu, danboleh jadi pula apa yang kami sukai itulah yang tidak bagi kamu. Allahmengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Macam ni ler kehidupan kat sini, kalau tak ke Makkah, ke Madinah... tak pun ke Jeddah. Tapi mostly samada ke Makkah or Madinah...Bila asyik berjalan je ni, terpikir gak, bila nak cepat simpan duit ni. Tapi peluang macam gini bukan senang nak hadir dalam hidup kita.... alhamdullillah ...

Last weekend kami sekeluarga ke Madinah dan untuk pertama kali nya aku bermalam di sana setelah beberapa kali ke sana ... cerita dan gambar boleh lawat ke blog isteri aku di

http://mama-bungas.blogspot.com/2008/08/susu-unta.html

Bila berjalan-jalan macam ni, lupa sekejap masalah-masalah lain...

Aku lak masih dok pikir option-option untuk sekolah anak-anak aku. Rancangan awal sudah lari sikit... dua orang accepted ke YIS, dua orang lagi tak. Kira dah sebulan setengah budak-budak ni tak bersekolah ni...

Hujung bulan ni pulak, Shah and family (Kembara KSA) akan kembali semula ke Yanbu... he..he.. nak kena cari kereta sendiri ler ... dua bulan dok pinjam kereta dia. Terima kasih banyak-banyak Shah.... minggu ni InsyaAllah confirm keta apa aku nak beli...

Masalah kerja setakat ni tak de sangat, alhamdullillah... seperti yang aku dok cerita sebelum ni, life here is slow and steady ... take it easy ...

18 August 2008

Not a Good News Though!


Today's Quote:
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...



It was just like a bombshell hit direct into my head when I learned that my two daughters are not accepted to YIS due to their low performance in the placement test. Urusan tak selesai lagilah nampaknya ... At time of writing this, I have not decided anything yet ... tengah dok pikir few options.

Kesian lak aku tengok anak-anak aku tu bila dapat berita ni. Apa-apa hal pihak YIS tak lah tutup terus pintu untuk dia orang. They let me borrow few books to go through and plan to resit for the placement test.
Tak pe, boleh cuba lagi cuma masalah nya aku kena cari jugak sekolah lain kot untuk sementara waktu.

At the same time approval from MOE is still pending. Inilah antara mehnah-mehnah yang perlu dihadapi bila hidup di rantau orang ni...
Next week another two daughters will sit for the placement test... tak taulah macam mana pulak tu...
Aku cuma berharap this kind of setback will make them become stronger and manage to succeed in the future ...

08 August 2008

Lagi Urusan dah selesai


Today's Quote:
"In the confrontation between the stream and
the rock, the stream always wins - not
by strength but by perseverance."

Satu lagi urusan dah selesai….. pendaftaran anak-anak di Yanbu International School (YIS)… walaupun segalanya dah ready tapi still pending approval dari Ministry Of Education. YIS akan officially start the new season 2008/2009 on 18th August 08 tapi anak-anak aku akan mula lewat sikit, hopefully tak lah lewat sangat….

Based pada tarikh lahir, Haziqah akan ke 8th Grade, Nazihah ke 7th Grade, Hanisah ke 4th Grade dan Nabilah ke 1st Grade…. tapi final grade akan bergantung kepada placement test dia orang….

Bila dah siap submit segala dokumen yang diperlukan oleh YIS dan MOE, kami dibawa melihat persekitaran sekolah… hmmm… bila tengok anak-anak macam happy je, lega rasa.

Pada sesapa yang nak hantar anak mereka ke YIS, you may visit to my earlier posting with regards to required documents at

By the way, the so called Iqamah for the family dah siap lama. In fact you need to have the family details and photo in your iqamah ready before you can submit all documents for school registration. Here are the steps for putting your family photo in your iqamah:-



1) Another medical check up for the iqamah application. You need to request the form from the Government Relation Officer. This time the check up is not thta detail like in Malaysia.

2) Take family photo (wife and kids only) at photo shop. The photo will be put into your iqamah.

3) Once the medical result is out, send it to the company's Government Officer.

4) Once ready, you need to surrender your family's passport to the company as well as your Iqamah.

5) After 2 weeks, your Iqamah with your family photo is returned along with your family's passports.

03 January 2008

Nabilah ke sekolah

Hari ni merupakan hari pertama Nabilah ke sekolah rendah setelah dua tahun berada di kindergarten. Dia punye suka nak gi sekolah terpancar jelas di wajahnya. Haziqah pula memasuki alam menengah. Sedar tak sedar dah empat orang anak aku bersekolah. Tua je rasa....

Yang bestnya anak aku yang bongsu pun sibuk mintak mama hantar dia ke sekolah macam kakak-kakaknya sampai nangis-nangis.

Walaubagaimanapun aku agak terkilan kerana yuran sekolah yang jauh lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Walhal, PM dah umumkan dalam parlimen semasa pembentangan bajet bahawa yuran sekolah rendah dan menengah dah dihapuskan. Ianya diikuti pula oleh Menteri Pelajaran yang mengatakan di Unesco bahawa pendidikan di Malaysia adalah percuma setelah penghapusan yuran sekolah bermula pada tahun ini.

Inilah yuran yang percuma,

RM 5 – Sekolah Rendah
RM 9 – Sekolah Menengah

.....................................................

Yuran dihapuskan?

Tidak, kerana rakyat Malaysia suka ditipu, dan mudah lupa, maka kerajaan menukarkan perkataan YURAN kepada PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN (PBT).
Semua sekolah diarahkan untuk menjawab bahawa; "Kos yang perlu ibu bapa tanggung adalah BAYARAN, bukannya YURAN, kerana YURAN kan sudah dihapuskan masa pembentangan Bajet 2008 tempoh hari".
Ada sebuah sekolah di Johor ini yang di arahkan untuk memberitahu ibubapa bahawa bayaran ini bukanlah YURAN, tetapi SUMBANGAN.
Macam-macam term digunakan untuk mengganti perkataan YURAN.
TERIMA KASIH PAK LAH kerana prihatin kepada kami semua dan telah menghapuskan yuran sekolah anak-anak kami.

30 December 2007

Sekolah oh sekolah

Seminggu ini aku dan isteri sibuk melayan anak-anak membeli peralatan dan persiapan sekolah mereka. Anak aku yang ke empat akan memasuki darjah satu dan dia begitu teruja dan tak sabar nak ke sekolah. Anak aku yang sulong pula akan masuk menengah satu.

Perbelanjaan untuk mereka jangan cakap lah, semput kita dibuatnya. Baju, kasut, bag, buku-buku (walaupun buku teks akan diberi percuma tapi pertambahan buku-buku aktiviti seperti tidak menampakkan sebarang penurunan perbelanjaan ), yuran-yuran yang pelbagai jenis. Bila lah agaknya rakyat Malaysia akan dapat menikmati pendidikan rendah yang percuma dalam erti kata yang sebenarnya?
Bagaimana agaknya mereka yang memang kurang berkemampuan, pasti saat-saat anak nak kesekolah sesuatu yang merungsingkan mereka.

Jadi dalam pada kita memikirkan anak keluarga kita, ingat-ingat lah kepada mereka yang kurang bernasib baik. dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan terima.
Get Free Shots from Snap.com