Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

27 September 2009

Hari Raya 2009 Di Yanbu

Selesai sudah solat aidil fitri di Yanbu RC - KJ, Iman, Hj Shah, Hj Sabri & Hj Ghazali
Tahun ini sekali lagi kami sekeluarga beraya di Arab Saudi. Kalau tahun lepas menyambut dan bersolat Aidil Fitri di Makkah, tapi tahun ini kami menyambut di Yanbu. Buat pertama kali merasai pengalaman bersolat aidil fitri di tengah-tengah padang pasir. Di bandar Yanbu RC, tak de masjid yang mengadakan solat sunat hari raya. Semuanya berkumpul di satu kawasan untuk bersolat selepas je tamat waktu syuruk. Tak de takbir beramai-ramai. Sebaik saje imam sampai, terus buat solat, khutbah dan balik. Kawasan perjiranan aku pula memang lengang kerana masing-masing balik kampung. Dari 12 buah rumah di lorong aku tu, cuma aku dan satu keluarga arab yang tinggal.

Suasana di Madkhal 4 (lorong rumah kami)


Kawasan kedai Al-Semairi di belakang rumah aku yang lengang sehari sebelum hari raya. Yang nampak kotak berwarna biru ialah drive thru ATM machine. Kat sini memang banyak drive thru ATM machine.

Kemudian jam 10 pagi, sebagaimana yang telah dirancangkan, beberapa keluarga berkumpul di rumah Hj Zaki untuk program ziarah raya dari rumah ke rumah. Memang meriah, apatah lagi beberapa keluarga dari Jubail pun ada join sekali.



17 September 2009

Eid Mubarak

Eid Mubarak, "Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu

To all of you, Happy Eid ... May our life is always blessed by Him.

Posted by Picasa

02 November 2008

Jeddah-Makkah

Konsulate Malaysia Jeddah menutup tirai rumah terbuka Syawal. Majlis yang cukup meriah yang dihadiri sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi iaitu Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.
Berbagai lapisan masyarakat Malaysia yang hadir memeriahkan suasanaYang berbaju batik tu penyanyi jemputan dari Yanbu dengan bayaran SR100
(Gambar di cedok dari mksuzana.fotopages.com , isteri MK)

Keesokan harinya, selepas menghantar family di Mall Of Arabia, aku dan Hj Ghaz ke Ziebart untuk pasang windows tinted film. Quality wise, not that impressive. Niat nak cari kawasan kedai2 accessories kereta tapi tak terjumpa, cuma sebelah petang je baru jumpa. Maybe next trip kot.
Food Court di Mall Of Arabia .... siang memang kosong je, tapi kalau malam terpaksa tunggu turn nak dapat tempat.

Siap urusan di Jeddah, lepas Maghrib kami bertolak ke Makkah pulak. Ambik peluang keadaan Kota Makkah yang agak lengang.

Keaadan di dalam masjid yang boleh dikatakan kosong.

Jalan Ibrahim Khalil di pagi Jumaat. Boleh dikira kenderaan yang lalu.

Di kawasan Multazam, dataran Kaabah...

Cerita lanjut, sila lah ke http://www.mama-bungas.blogspot.com/

17 October 2008

Raya Gathering Events

Alhamdullillah ... majlis yang cukup meriah dan menyeronokkan.

Siapa kata tinggal kat Arab Saudi ni membosankan.... hujung minggu yang cukup happening, hampir semua rakyat Malaysia yang tinggal di Yanbu telah sama-sama menjayakan majlis ini dan di serikan lagi dengan kehadiran teman-teman dari Makkah, Madinah dan juga anggota Konsulate Malaysia dari Jeddah bersama dengan keluarga masing-masing. InsyaAllah, majlis ini akan di jadikan satu majlis tahunan dan akan di masukkan dalam kalendar Malaysian Yanbu.

Pagi -1st trip pegi snorkeling - aku, Hj Fadhil, Leman dan anak aku...

Petang - Tazkirah untuk kaum bapa dan ibu serta majlis ramah mesra

Petang - Kem motivasi anak-anak yang dikelolakan oleh Ustaz Khairul dari University Ummu Qura, Makkah

Malam - majlis jamuan hari raya

Malam - Volleyball game selepas jamuan raya ...

Hari kedua - Family boat trip sekitar resort

More pictures on MySlide Show or click My Picture here http://picasaweb.google.com/Zuraili/RayaGatheringEvents

12 October 2008

Announcement - Raya Gathering in Yanbu

InsyaAllah, a special Hari Raya gathering plus family day for Malaysians living in Yanbu, Saudi Arabia will be held on the 16th October 2008. The occasion will be joined by our Consulates from Jeddah. The day will start as early as 1000 AM for families and friends who will be staying overnite at Dolphin Resorts (about 15~20 minutes drive from Yanbu Al-Bahr and 30 minutes from RC).
The prime event will be the Gala Dinner which will start at 6:30 PM and followed by some games and activities.

A map to Dolphin Resort which is located north to Yanbu.

The residential units & a swimming pool at nite.


For futher info about Dolphin Resorts, you may go to http://www.yanburesort.com/

Ini sudah kira free promotion lah...

anyway hope to see all of us there!!!

03 October 2008

Hari Raya ke 3

Terima kasih kepada semua sahabat handai & rakan taulan yang telah sudi datang beraya ke rumah kami... InsyaAllah, ada umur, ada rezeki kita buat lagi tahun hadapan...

Aidil Fitri di Arab Saudi

Eid Mubarak ... inilah ucapan yang selalu diucapkan sesama muslim di sini. Pendek je ...

Hari raya pertama kami sambut di Makkah. Alhamdullillah dapat jugak kami sekeluarga bersolat sunat aidil fitri di Masjidil Haram pasal ramai gak kawan-kawan yang tak dapat peluang bersolat di Masjidil Haram walaupun berada di Makkah pasal manusia punye lah ramai. Kami sekeluarga bergerak masuk ke Masjidil Haram jam 3:30 pagi, itupun ke tingkat satu pasal kat bawah dah penuh sesak. Waktu subuh masuk pukul 5:30 pagi. Lepas je solat subuh, baru lah dengar takbir. Pukul 6:30 (20 minit selepas waktu syuruk), solat sunat aidil fitri di mulakan.
Gambar-gambar suasana raya pertama di Makkah ... klik http://picasaweb.google.com/Zuraili/RayaDiMakkah
Lepas solat asar kami bergerak keluar dari Makkah menuju ke Jeddah. Pergi Jeddah bukannya apa, nak singgah kedai-kedai Indon di situ cari bahan-bahan makan.

Raya kedua kami sambut dirumah je anak-beranak. Malamnya kawan-kawan dari YUC/YIC datang dan kami sempat gak beraya ke rumah Leman & Mas.

Gambar-gambar di raya kedua... klikhttp://picasaweb.google.com/Zuraili/RayaDiRCYanbu

28 September 2008

Posting Hari Raya

Hari ni aku dan family akan turun ke Makkah untuk menyambut Hari Raya di sana. InsyaAllah kami akan berada di sana sehingga raya pertama. Lepas solat sunat Aidil Fitri akan berangkat pulang ke rumah di Yanbu tapi kalau ada open house kat mana-mana kita orang akan singgah dulu...


Maka sempena dengan kedatangan hari lebaran yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Maaf Zahir Batin

khas buat keluarga dan sahabat-sahabat serta para pelayar blog ini. Semoga ibadah puasa kita di terima Nya dan semoga Hari Raya ini di sambut dengan gembira.....


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari Kami di Yanbu, Arab Saudi

25 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ini lah dia separuh dari bekas warga kerja Titan yang kini berada di Yansab. Daripada 77 orang Malaysia di Yansab, 60% adalah ex-Titan....

Kami bekas warga kerja Titan yang kini bekerja di
Yansab ingin mengambil kesempatan di bulan yang
mulia ini mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin...

11 September 2008

Teringat Raya Di Perantauan

Setiap kali nak raya, setiap itu lah aku akan teringat waktu-waktu ketika beraya di perantauan. Kena pulak tahun ni, sekali lagi aku akan beraya jauh di rantau orang. Ini lah antara pengalaman aku berpuasa dan beraya di perantauan.

Hari Raya tahun 1989 - Pertama kali beraya di luar Malaysia jauh dari keluarga. Masih ingat lagi dimana aku dan kawan serumah aku subuh-subuh lagi dah keluar rumah untuk bersolat raya. Dari tempat aku tinggal nak ke bandar Philadelphia terpaksa naik bas selama 40 minit then sambung dengan subway selama 30 minit. Jauh sungguh... tapi kalau naik kereta cuma 30 minit. Gambar kat bawah tu selepas solat aidil fitri di luar masjid. Takbir dia memang tak sesyahdu macam takbir di malaysia. Hari tu kami terpaksa ponteng kelas...

Gambar di atas ni pulak masa marhaban. Masa tu konvoi 7 buah kereta. Setiap minggu tak kurang 5 buah rumah akan buat open house.
Gambar yang dibawah ni pulak raya tahun 1990. Kami buat gathering hari raya di sebuah taman. Masa tu berkumpulah students dari beberapa universiti sekitar Philadelphia. Ingat lagi, lepas je solat raya, aku terpaksa bergegas ke kampus pasal ada exam dengan berpakaian lengkap baju melayu dan bersamping... memang orang tengok semacam je ... was so proud masa tu dok tunjukkan pakaian kebangsaan kita ...



------------------------------------------------------------------------------------------------

Ah... yang di bawah ni pulak raya tahun 1999 di Belgium. Langsung tak beraya pun masa tu, tak de rasa suasana raya pun. Masa tu berangkat ke Belgium seminggu sebelum raya. Bulan Januari 99, so waktu siang nya cukup pendek (musim sejuk), pukul 5 petang dah buka, masa tu masih kat tempat kerja. Buka pun dengan roti perancis cicah kopi je. Balik hotel baru masak maggi, tak pun rebus nasi himpit makan dengan sambal daging kering bawak dari Malaysia. Seminggu macam tu.... nak cari restoran jual nasi memang tak de kat Meerhout ni.
Bila tiba hari raya, anak sulung aku masuk hospital (9 hari kat wad), dah nazak sangat masa tu, wife lak mengandung 6 bulan. Orang lain gi masjid, family aku gi hospital. Memang tak keruan kita di buatnya. Raya ketiga dapat berita nenek pulak meninggal.... memang mencabar betul..... masa ni internet call belum common lagi, so satu-satunya sumber komunikasi adalah telefon pakai kad pra bayar. Nak pakai handphone terlampau mahal sangat masa tu...

Raya di ExxonMobil Meerhout Plant, Belgium


Kali ini raya tahun 2008, aku akan beraya di Arab Saudi pulak. Bezanya kali ni, dan buat pertama kalinya beraya bersama keluarga di perantauan.... dan InsyaAllah, aku dan keluarga akan beraya di Makkah Mukarramah...
Get Free Shots from Snap.com